Home

81% produk kami mengandungi kurang daripada 130 kalori bagi setiap keping.*

Produk kami ialah manisan kecil. Sejak tahun 1968, apabila kami menghasilkan Kinder Chocolate, kami sentiasa menumpukan perhatian kepada saiz kecil produk kami. Melalui cara ini, produk kami boleh digabungkan dengan mudah bersama makanan lain, seperti buah-buahan atau susu, untuk dinikmati antara waktu makan atau sarapan, yang sekiranya diambil dalam jumlah yang sederhana, boleh menjadi sebahagian daripada diet yang berlainan bagi gaya hidup yang aktif.

Produk Kinder dibungkus secara berasingan untuk membantu ibu bapa mengawal pengambilan kalori dan juga agar mudah untuk dibuka, dipegang dan dinikmati oleh kanak-kanak.

*portfolio global, laporan CSR 2016-2017

Dihasilkan untuk keriangan kanak-kanak

Kehidupan kanak-kanak sememangnya sarat dengan pelbagai aktiviti & tugasan. Oleh sebab itu, mereka memerlukan sedikit keriangan sebagai ganjaran dari semasa ke semasa. Produk Kinder dihasilkan untuk keriangan kanak-kanak, melalui manisan dalam saiz yang kecil agar ibu dan bapa juga turut gembira.

 

lebih banyak lagi untuk dijelajah!